menu atas

Sunday, November 27, 2011

Maal Hijrah 1433H


Salam Maal Hijrah... Rasanya belum terlambat aku mengucapkan selamat tahun baru. Kalau kita cakap pasal tahun baru mesti ada azam baru, bukan bercakap pasal kawan aku yg bernama Azam Zain.

Adakah kita hanya berazam pada tahun baru masihi shj (azam lebih kpd kehidupan di duniawi) atau kita hanya tahu kalau awal muharram shj cuti umum... kan lebih afdal kita seiringkan perjalanan mengejar kehidupan di dunia & akhirat. Apa pun sekurang2nya tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Okey la aku bukan nak buat ceramah agama kat sini, cuma mengingatkan antara satu sama lain...

Sebenarnya aku nak cerita mengenai kejadian petang sebelum awal muharram berbeza dengan tahun2 sebelumnya. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian tersebut... Kejadian berlaku lebih kurang jam 3 petang selepas isteri bersama anak2ku pulang ke rumah. Ketika dia hendak membersihkan air kencing kucing di parkir kereta, dia terlihat ada seekor anak kucing yang kebasahan terperesok di dalam longkang rumah. Kemudian dipanggilnya aku yang sedang asyik melayan kerenah anak2ku.

Aku yang kebetulan seharian duduk dirumah membuat tahi mata (almaklum ler baru balik keje shift malam) pada mula tidak perasan akan anak kucing tersebut. Dengan selamba aku menyuruh isteriku menghalau kucing itu dengan berkata "Jirus je dengan air, karang lari ler dia" yang kebetulan aku melihat isteriku sedang memegang getah paip untuk membersihkan parkir kereta. Setelah isteriku memercikkan sedikit air kearah kucing tersebut tetapi ia tetap tidak berganjak, semacam pelik dan hatiku mula berkata2... Mesti ada sesuatu yang tidak kena berlaku dekat kucing ini, aku pon mula mengambil penyapu lidi.

Beristighfar aku banyak kali, apabila melihat kucing tersebut mengesotkan badannya untuk melarikan diri. Simpati mula timbul melihat kucing tersebut bergerak hanya menggunakan kedua belah kaki depan shj. Dalam hati mula berkata siapa plak yang langgar anak kucing ini, aku tidak menyalahkan sesiapa... tapi macam mana plak ia boleh bergerak sampai boleh berada di longkang rumah aku ni. Apa pun terjadi ia dah jadi tanggungjawab aku sebab ia berada di kawasan rumah aku, tak akan aku nak angkat ia dan letak balik di tepi jalan dalam keadaan begitu. (hujan turun lebat semasa blog ini dicoretkan, teringat aku pada si Putih)

Anak2 aku mula excited melihat kucing tersebut, aku menamakannya Putih (korang paham2 ler sendiri sbb apa nama dia macam gitu). Aku mula masuk ke dalam rumah mencari kotak, disuruhnya kak long mencari kain buruk. Aku alaskan surat khabar di dalam kotak tersebut dan apabila aku hendak mengangkat si Putih ke dalam kotak, ia marah... Mungkin Putih masih lagi dalam keadaan terkejut lagi diatas kejadian yang baru menimpanya. Aku ambil kain letak dibadan Putih, kemudian aku usap2 badannya yang kebasahan baru la Putih menunjukkan sifat manjanya. "Kesian ko kesejukkan, entah berapa lama dah ko duduk dalam longkang tu" hatiku berkata. Setelah Putih masuk ke dalam kotak, aku letakkan ia dihadapan sliding door dan di tepi motorsikal sambil menutup bahagian atas kotak tersebut dengan payung supaya tidak tempias dek air hujan. Anak2 aku keseronokkan dapat melihat kucing dari cermin sliding door. Anak2ku memang suka kucing tapi dari jauh je, kalau dekat tak berani. Kak Long pula asyik menyuruh aku membeli makanan kucing.

Kebetulan pula malam itu aku hendak keluar ke bank, nabil dan batrisyia menemani aku. Nabil tidak sudah2 ingatkan aku supaya jangan lupa beli makanan untuk Putih. Nasib baik aku dah gaji boleh ler aku beli makanan untuk Putih, aku tak tahu nak beli yang mana jadi aku beli je lar yang timbang. Balik je rumah terus Kak Long tanya "Abah dah beli tak makanan kucing?". Tak sempat lagi aku jawab nabil dah tolong jawabkan. Aku suruh Kak Long ambil bekas bagi mengisi makanan dan air untuk Putih. Keadaan si Putih masih sama, masih dalam ketakutan lagi...

Macam2 persoalan bermain di fikiran aku malam itu. Perlu ke aku hantar ke klinik haiwan? Kosnya mahal ke tidak? sbb aku pon bukan ada duit sangat. Kalau dia tidak boleh jalan sampai bila2 macam mana? Tapi semuanya aku biarkan tergantung...

Cuma hatiku berkata "Kalau ler ko (Putih) dah ditakdirkan menjadi sebahagian dari keluarga kami, aku redha"...

No comments:

Post a Comment