Showing posts with label FamiLy. Show all posts
Showing posts with label FamiLy. Show all posts
Saturday, May 3, 2014
Friday, March 16, 2012
Patah!!!
Assalamualaikum & selamat sejahtera semua...
Baru je beberapa hari menerima berita kematian salah seorang sahabatku, seorang photographer yang sangat berdedikasi dalam menjalankan tugasnya. Sekali lagi Allah menguji ku, kali ini berlaku di kalangan anggota keluargaku sendiri. Kejadian berlaku di depan mataku sendiri, namun aku terimanya dengan redha...
Kejadian berlaku di rumahku sendiri, ketika dia sedang berlari. Tiba-tiba dia terjatuh di depan mataku dan mengerang kesakitan. Terus aku berlari mendapatkannya dan aku beristigfar beberapa kali melihat tangan kirinya bengkok. Berkejaran kami sekeluarga ke hospital, nasib baik la anakku yang seorang ini amat kuat semangatnya. Memang tidak dengar jeritan meraung kesakitan pun semasa kami di dalam perjalanan ke hospital.
Setelah doktor selesai membuat sinaran-x, di dapati tulang tangannya patah dan perlukan pembedahan. Ini kerana terdapat tulang yang berkemungkinan akan terkena urat saraf jika tidak buat pembedahan...
Tuesday, February 14, 2012
First Day at SchooL
Assalamulaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah rasanya dapat bertemu semula di dalam blog ini, rasa sudah terlalu lama aku tidak mengemaskininya. Kalau bilik rasa macam dah bersawang...Post kali ini mengenai anak kedua aku yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah rendah kebangsaan. Dari riak wajahnya jelas menunjukkan teruja dan gembira, sedikit pun tiada rasa takut. Ini mungkin dia sudah biasa dengan suasana alam persekolahan semasa di tadika dahulu. Terasa perbezaan antara anak lelaki & anak perempuan, punya la ligat tak ingat. Sepanjang-panjang korridor sekolah dah jadi tempat dia berlari. Mengimbau kembali kepada alam persekolahan aku, sungguh berbeza...


Dari segi pakaian seragam je dah berbeza. Maksud aku bukan le dari segi warnanya tetapi dari segi pemakaian tali leher... Zaman sudah berubah, murid tahun 1 sudah dikehendaki mengenakan tali leher. Masa aku sekolah hanya pengawas sahaja yang perlu mengenakan tali leher. Ada bagusnya zaman berubah anak-anak sekarang dah malu nak mengenakan seluar pendek, kalau di zaman aku sekolah majoriti murid tahun 1 yang mengenakan seluar pendek. Nasib baik kasut sekolah warna hitam kalau tidak jenuh juga hendak membersihkannya, almaklum ler budak lelaki...
Jelas terpancar kegembiraan di wajah anakku yang seorang ini walaupun abah tidak dapat membeli semua peralatan sekolah baru (kadang2 kesian juga melihat, dia terpaksa ler recycle barang2 yang masih elok digunakan oleh kakaknya disebabkan kekangan kewangan). Terima kasih kepada mak sedara dan mak angkat yang menjaganya kerana menyumbang sedikit sebanyak belanja persekolahan tahun ini. InsyaAllah, setiap ibu bapa mampu yang terbaik untuk anak masing2..
Seharian melayan kerenah anak lelaki aku yang seorang ini. Belajar rajin-rajin anak-anakku, supaya senang di kemudian hari.Semoga menjadi anak yang berjaya dan soleh di kemudian hari...
Saturday, November 19, 2011
Konvokesyen
Terlebih dahulu aku mengucapkan tahniah buat anak sedara Adzzie Shazleen Azman diatas kejayaan beliau mengenggam segulung kertas yg tidak ternilai harganya pada 12 Nov 2011 yang lalu. Begitu juga dengan satu2nya anak lelaki ku Muhammad Nabil ada hari berikutnya iaitu 13 Nov 2011, tahniah abah ucapkan...


Disebabkan oleh kerana tahun lepas aku telah merakamkan detik2 bersejarah buat cik Adzzie Shazleen semasa menaiki pentas untuk menerima ijazah beliau, maka tahun ini terpaksa ler aku merakamkan detik2 bersejarah buat anak aku sendiri.

Walaupun mungkin ada sesetengah ibu bapa menganggap benda ini sebagai perkara biasa2 aje, namun bagi aku majlis ini amat berharga buat anakku. Setelah penat lelah mereka berlatih setiap hari untuk membuat persembahan khas buat ibu bapa mereka pada hari konvokesyen ini. Pernah aku tanya pada anakku Nabil, "apakah persembahan akan nabil buat masa hari konvokesyen nanti?" Apa jawab anakku "Abah tunggu jelah nanti masa tu"... Pergh!!! macam nak buat suprise plak dia.



Lagipun pada aku ini sahaja penghargaan yang aku dapat berikan buat cikgu2 di Tadika Iman khasnya di Bandar Baru Uda yang selama ini mendidik anak2 aku selama 2 tahun. Dari seorang anak kecil yang tidak tahu apa2 kepada seorang anak yang tahu solat, membaca, mengira dan sebagainya. Memang ketara perubahannya, terima kasih cikgu!!!


Saturday, November 5, 2011
Selamat Hari Lahir Kak Long...
Selamat hari lahir kepada buat anakku Nur Ainaa Najihah yang ke-8...
Abah mendoakan kak long di tetapkan iman, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang solehah di kemudian hari menjadi contoh kepada adik-adik. Majlis disambut oleh kami sekeluarga sahaja, tiada budget untuk mengadakan jamuan besar-besaran.. Walaupun begitu majlis begitu meriah terutama bagi adik-adik nya kerana dapat bersama-sama memotong kek. Kadang-kadang seronok melihat keletah anak-anak yang tidak sabar untuk menjamah kek terutama sekali adik amani, mungkin sebab geram melihat buah-buah yang terletak diatas kek tersebut.
Rasa memang dah lama tidak sambut hari lahir kakak, kadang-kadang terasa macam tidak adil pula rasanya. Mungkin disebabkan hari jadi Nabil jatuh pada hari kebangsaan, itu yang rasa macam selalu je sambut hari lahirnya... Walaubagaimanapun abah tetap ingat hari lahir anak-anak abah cuma kadang-kadang abah sibuk. Harap kak long tidak berkecil hati...
Wednesday, September 7, 2011
FamiLy Portrait 2011

Maka terpaksa ler pasang timer & letak kt dashboard kereta..
Labels:
FamiLy
Location:
Batu Pahat, Johor, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)



























