Friday, March 16, 2012

Patah!!!

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua...

Baru je beberapa hari menerima berita kematian salah seorang sahabatku, seorang photographer yang sangat berdedikasi dalam menjalankan tugasnya. Sekali lagi Allah menguji ku, kali ini berlaku di kalangan anggota keluargaku sendiri. Kejadian berlaku di depan mataku sendiri, namun aku terimanya dengan redha...

Kejadian berlaku di rumahku sendiri, ketika dia sedang berlari. Tiba-tiba dia terjatuh di depan mataku dan mengerang kesakitan. Terus aku berlari mendapatkannya dan aku beristigfar beberapa kali melihat tangan kirinya bengkok. Berkejaran kami sekeluarga ke hospital, nasib baik la anakku yang seorang ini amat kuat semangatnya. Memang tidak dengar jeritan meraung kesakitan pun semasa kami di dalam perjalanan ke hospital.

Setelah doktor selesai membuat sinaran-x, di dapati tulang tangannya patah dan perlukan pembedahan. Ini kerana terdapat tulang yang berkemungkinan akan terkena urat saraf jika tidak buat pembedahan...



 Alhamdulillah semuanya selamat, aku bersyukur kpdMu ya ALLAH...
Mungkin semua yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya...

Dalam Kenangan Affizie Idris

 Al-Fatihah buat sahabatku Affizie Idris. 



Disebabkan kesibukkan aku bekerja, baru ini aku sempat mengemakini blog ini. Tidak salah rasanya aku untuk mengingati dan menyedekahkan surah Al-Fatihah buat sahabatku...
Aku masih terkejut dengan berita  yang aku terima melalui sms pada awal Mac lalu... Mana tidaknya kerana baru beberapa minggu sebelum kejadian kau baru sahaja menanyakan khabarku walaupun buat seketika.. 

Tuhan lebih menyayangimu sahabatku, semoga engkau di tempatkan bersama-sama orang beriman...


Diantara gambar-gambar kenangan bersamamu sahabat.

Thursday, March 8, 2012

RasLaH & AzoHaN










Photographer I: Cat Eye
Photographer II & Videographer: Mohd Hafis

Selamat Pengantin Baru buat pasangan pengantin Raslah & Azohan. Ribuan ucapan terima kasih kami ucapkan kerana memberi kami peluang merakamkan detik-detik bersejarah anda...

Pengalaman pertama saya merakamkan gambar di Temerloh, Pahang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam dari Johor Bahru melalui beberapa pekan di Segamat, Negeri Sembilan sehinggalah ke negeri Pahang. Kami merentasi Sungai Lui di Negeri Sembilan mengingatkan saya kepada lagu yang dinyanyikan oleh Aizat di Juara Lagu yang ke 26...

Kami disajikan dengan makan malam yang istimewa oleh keluarga pengantin iaitu ikan patin gulai tempoyak... Inilah kali pertama saya merasa masakan tersebut seperti perumpamaan rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari...

Majlis keesokkan hari nya berjalan dengan lancar sekali, Jutaan terima kasih dari saya dan rakan di One Pluz Studio.