menu atas

Friday, March 16, 2012

Patah!!!

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua...

Baru je beberapa hari menerima berita kematian salah seorang sahabatku, seorang photographer yang sangat berdedikasi dalam menjalankan tugasnya. Sekali lagi Allah menguji ku, kali ini berlaku di kalangan anggota keluargaku sendiri. Kejadian berlaku di depan mataku sendiri, namun aku terimanya dengan redha...

Kejadian berlaku di rumahku sendiri, ketika dia sedang berlari. Tiba-tiba dia terjatuh di depan mataku dan mengerang kesakitan. Terus aku berlari mendapatkannya dan aku beristigfar beberapa kali melihat tangan kirinya bengkok. Berkejaran kami sekeluarga ke hospital, nasib baik la anakku yang seorang ini amat kuat semangatnya. Memang tidak dengar jeritan meraung kesakitan pun semasa kami di dalam perjalanan ke hospital.

Setelah doktor selesai membuat sinaran-x, di dapati tulang tangannya patah dan perlukan pembedahan. Ini kerana terdapat tulang yang berkemungkinan akan terkena urat saraf jika tidak buat pembedahan...



 Alhamdulillah semuanya selamat, aku bersyukur kpdMu ya ALLAH...
Mungkin semua yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya...

Dalam Kenangan Affizie Idris

 Al-Fatihah buat sahabatku Affizie Idris. 



Disebabkan kesibukkan aku bekerja, baru ini aku sempat mengemakini blog ini. Tidak salah rasanya aku untuk mengingati dan menyedekahkan surah Al-Fatihah buat sahabatku...
Aku masih terkejut dengan berita  yang aku terima melalui sms pada awal Mac lalu... Mana tidaknya kerana baru beberapa minggu sebelum kejadian kau baru sahaja menanyakan khabarku walaupun buat seketika.. 

Tuhan lebih menyayangimu sahabatku, semoga engkau di tempatkan bersama-sama orang beriman...


Diantara gambar-gambar kenangan bersamamu sahabat.

Thursday, March 8, 2012

RasLaH & AzoHaN










Photographer I: Cat Eye
Photographer II & Videographer: Mohd Hafis

Selamat Pengantin Baru buat pasangan pengantin Raslah & Azohan. Ribuan ucapan terima kasih kami ucapkan kerana memberi kami peluang merakamkan detik-detik bersejarah anda...

Pengalaman pertama saya merakamkan gambar di Temerloh, Pahang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam dari Johor Bahru melalui beberapa pekan di Segamat, Negeri Sembilan sehinggalah ke negeri Pahang. Kami merentasi Sungai Lui di Negeri Sembilan mengingatkan saya kepada lagu yang dinyanyikan oleh Aizat di Juara Lagu yang ke 26...

Kami disajikan dengan makan malam yang istimewa oleh keluarga pengantin iaitu ikan patin gulai tempoyak... Inilah kali pertama saya merasa masakan tersebut seperti perumpamaan rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari...

Majlis keesokkan hari nya berjalan dengan lancar sekali, Jutaan terima kasih dari saya dan rakan di One Pluz Studio.

Saturday, February 18, 2012

Video JKDM PTP



Video ini adalah percubaan pertama aku dalam menghasilkan video korporat. Video ini sempena Majlis Perhimpunan Mesra Bil 1/2012. Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan video korporat ini terutamanya pihak berkuasa zon pelabuhan tanjung pelepas, krew-krew yang terlibat dan pelakon-pelakon tambahan yang tidak dibayar. Jika nak disebut satu persatu pasti penuh post aku kali ini, jadi aku sebut umum je (senang untuk menjaga hati semua pihak)...

Setelah lebih kurang 10 hari kami bertungkus lumus menyiapkan video ini dan ini adalah hasil nya...

Thursday, February 16, 2012

Bowling Farmasi PSH...

PSH (Farmasi) menganjurkan pertandingan bowling diantara staf-stafnya pada Januari yang lepas. Secara tidak langsung aku pon terlibat sama (terpaksa le menjadi babysitter kpd anak-anakku) disebabkan wife aku masuk bertanding... 

Untuk menghilangkan kebosanan yang melanda ditambah dengan faktor untuk mengawal kenakalan anak-anakku. Apa lagi ajak le kakak long dan abang angah nya bermain bowling bersama, mana adil kita orang terpaksa duduk tepi je melihat staf-staf farmasi bermain (bukan apa maybe dia orang takut tidak dapat hadiah) iya la takut aku menang top 3.




Diantara staf-staf farmasi yang terlibat...

Amani pun hendak main bowling






Diantara gelagat anak-anakku semasa bermain bowling, kadang-kadang nak marah dengan tingkah laku mereka tetapi kadang-kadang  terhibur.

Tuesday, February 14, 2012

First Day at SchooL

Assalamulaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah rasanya dapat bertemu semula di dalam blog ini, rasa sudah terlalu lama aku tidak mengemaskininya. Kalau bilik rasa macam dah bersawang...

Post kali ini mengenai anak kedua aku yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah rendah kebangsaan. Dari riak wajahnya jelas menunjukkan teruja dan gembira, sedikit pun tiada rasa takut. Ini mungkin dia sudah biasa dengan suasana alam persekolahan semasa di tadika dahulu. Terasa perbezaan antara anak lelaki & anak perempuan, punya la ligat tak ingat. Sepanjang-panjang korridor sekolah dah jadi tempat dia berlari. Mengimbau kembali kepada alam persekolahan aku, sungguh berbeza...

 








Dari segi pakaian seragam je dah berbeza. Maksud aku bukan le dari segi warnanya tetapi dari segi pemakaian tali leher... Zaman sudah berubah, murid tahun 1 sudah dikehendaki mengenakan tali leher. Masa aku sekolah hanya pengawas sahaja yang perlu mengenakan tali leher. Ada bagusnya zaman berubah anak-anak sekarang dah malu nak mengenakan seluar pendek, kalau di zaman aku sekolah majoriti murid tahun 1 yang mengenakan seluar pendek. Nasib baik kasut sekolah warna hitam kalau tidak jenuh juga hendak membersihkannya, almaklum ler budak lelaki...

Jelas terpancar kegembiraan di wajah anakku yang seorang ini walaupun abah tidak dapat membeli semua peralatan sekolah baru (kadang2 kesian juga melihat, dia terpaksa ler recycle barang2 yang masih elok digunakan oleh kakaknya disebabkan kekangan kewangan). Terima kasih kepada mak sedara dan mak angkat yang menjaganya kerana menyumbang sedikit sebanyak belanja persekolahan tahun ini. InsyaAllah, setiap ibu bapa mampu yang terbaik untuk anak masing2..

Seharian melayan kerenah anak lelaki aku yang seorang ini. Belajar rajin-rajin anak-anakku, supaya senang di kemudian hari.Semoga menjadi anak yang berjaya dan soleh di kemudian hari...

Monday, December 12, 2011

Si Putih


Assalamualaikum & selamat malam... Malam ini aku nak cerita sket mengenai perkembangan terbaru kucing Si Putih ini. Aku pernah tulis mengenai nya yang muncul tiba2 dalam keluarga aku semasa ketibaan Awal Muharram yang lepas.

Kemunculan Si Putih telah mengubah rutin harian anak2ku. Boleh dikatakan 2 hari semasa Si Putih berada di rumah, anak2ku akan menjengah kotak setiap pagi sebelum ke rumah baby sitter termasuklah anak aku yang kecil sekali. Sekali sekala aku dengar Si Putih mendengus kemarahan dek kerana di usik oleh anak2 aku yang nakal...

Pada malam ke-2 sebelum aku pergi kerja shift malam aku berpesan pada anak sulung ku supaya diberi nasi kepada Si Putih. Itu pun sebab aku tengok bekas makanan tidak berusik, mungkin disebabkan Putih tidak biasa makan makanan kucing kot. Punya la excited kak long sebab dapat green light...

Pada keesokkan pagi, setelah aku pulang ke rumah. Aku jengah ke dalam kotak, Si Putih berada di tempatnya dan masih lagi ketakutan. Bekas makanan masih belum ditukar, mungkin kak long tak sempat kot hatiku berkata. Aku masuk ke dalam rumah dan terus ke dapur, aku lihat ada bekas makanan Si Putih. Dah siap letak nasi kat dalam bekas tu, tapi kenapa tidak diberikan kepada Si Putih. Aku pun mencapai telefon dan menghubungi isteriku untuk menanyakan mengenai bekas makanan tersebut. Rupa2nya kak long dan isteriku telah cuba menukar bekas makanan itu tetapi Si Putih mendengus kemarahan seolah-olah seperti tidak mahu diganggu. Pada mulanya aku terfikir nak letakkan bekas makanan tersebut tetapi setelah diberitahu oleh isteri ku mengenai perkara itu. Aku pun mengambil keputusan untuk meletakkan bekas makanan tu petang nanti sebelum aku pergi ke tempat kerja. Baik aku tidur dulu setelah semalam tidak tidur.

Setelah puas aku melelapkan mata, aku tersedar dan jam menunjukkan pukul 12 tengahari. Aku pun bersiap hendak ke tempat kerja sambil sekali sekala mata ni melayan cerita di televisyen. Semasa aku keluar pintu rumah, aku sekali lagi menjengah ke kotak Si Putih. Terperanjat aku lihat Putih tiada di tempatnya, hati aku mula berkata2 dan otak ku puas berputar memikirkan. Macam mana Putih boleh keluar dari kotak sedangkan ia hanya boleh mengerakkan 2 belah kaki hadapan nya sahaja. Aku angkat kotak tersebut, memang sah Si Putih tiada di dalamnya. Kotak tidak terbalik pula kata hatiku. Puas juga aku mencari di keliling rumah, bawah keta, dalam longkang ke... Tapi bayang Putih pon tidak nampak. Aku dalam keadaan tergesa2 terus bergegas ke tempat kerja dan membiarkan persoalan tu bermain di fikiran.

Setelah habis kerja aku terus pulang ke rumah dengan harapan mungkin Si Putih balik ke tempat dimana aku letakkan nya. Tiba sahaja di rumah dengan berhati2 aku parking kereta (bukan apa takut ler terlanggar Si Putih) tetapi aku hampa sebab Putih tiada di tempatnya. Malam itu aku tidur dengan berbagai persoalan bermain di kepala. Mana la pergi Si Putih??? Macam mana Putih boleh keluar dari kotak??? Putih sudah sihat ke dan terus boleh bergerak??? Walau apapun persoalan nya, aku hanya berdoa agar Putih selamat.

Telah masuk hari ke 7 Si Putih menghilangkan diri, sedikit sebanyak risau telah mula surut dekat kepala aku ini. Aku hanya bersangka baik yang Putih selamat sahaja. Pada petang hari nya aku mendapat perkhabaran dari jiran berhadapan rumah yang Si Putih telah tiada meninggalkan kami semua... Betul sangkaan aku yang Si Putih tidak akan hidup lama kerana ia tidak mahu menjamah makanan. Rupa nya selama Putih menghilang diri ia tinggal di rumah jiran ku, tetapi aku biarkan persoalan bagaimana ia boleh ke sana tergantung begitu sahaja..

Apapun yang terjadi aku bersyukur kerana tuhan lebih menyanyangi nya daripada terseksa begitu lama. Terima Kasih si Putih kerana telah hadir dalam hidup kami sekeluarga...