menu atas

Monday, December 12, 2011

Si Putih


Assalamualaikum & selamat malam... Malam ini aku nak cerita sket mengenai perkembangan terbaru kucing Si Putih ini. Aku pernah tulis mengenai nya yang muncul tiba2 dalam keluarga aku semasa ketibaan Awal Muharram yang lepas.

Kemunculan Si Putih telah mengubah rutin harian anak2ku. Boleh dikatakan 2 hari semasa Si Putih berada di rumah, anak2ku akan menjengah kotak setiap pagi sebelum ke rumah baby sitter termasuklah anak aku yang kecil sekali. Sekali sekala aku dengar Si Putih mendengus kemarahan dek kerana di usik oleh anak2 aku yang nakal...

Pada malam ke-2 sebelum aku pergi kerja shift malam aku berpesan pada anak sulung ku supaya diberi nasi kepada Si Putih. Itu pun sebab aku tengok bekas makanan tidak berusik, mungkin disebabkan Putih tidak biasa makan makanan kucing kot. Punya la excited kak long sebab dapat green light...

Pada keesokkan pagi, setelah aku pulang ke rumah. Aku jengah ke dalam kotak, Si Putih berada di tempatnya dan masih lagi ketakutan. Bekas makanan masih belum ditukar, mungkin kak long tak sempat kot hatiku berkata. Aku masuk ke dalam rumah dan terus ke dapur, aku lihat ada bekas makanan Si Putih. Dah siap letak nasi kat dalam bekas tu, tapi kenapa tidak diberikan kepada Si Putih. Aku pun mencapai telefon dan menghubungi isteriku untuk menanyakan mengenai bekas makanan tersebut. Rupa2nya kak long dan isteriku telah cuba menukar bekas makanan itu tetapi Si Putih mendengus kemarahan seolah-olah seperti tidak mahu diganggu. Pada mulanya aku terfikir nak letakkan bekas makanan tersebut tetapi setelah diberitahu oleh isteri ku mengenai perkara itu. Aku pun mengambil keputusan untuk meletakkan bekas makanan tu petang nanti sebelum aku pergi ke tempat kerja. Baik aku tidur dulu setelah semalam tidak tidur.

Setelah puas aku melelapkan mata, aku tersedar dan jam menunjukkan pukul 12 tengahari. Aku pun bersiap hendak ke tempat kerja sambil sekali sekala mata ni melayan cerita di televisyen. Semasa aku keluar pintu rumah, aku sekali lagi menjengah ke kotak Si Putih. Terperanjat aku lihat Putih tiada di tempatnya, hati aku mula berkata2 dan otak ku puas berputar memikirkan. Macam mana Putih boleh keluar dari kotak sedangkan ia hanya boleh mengerakkan 2 belah kaki hadapan nya sahaja. Aku angkat kotak tersebut, memang sah Si Putih tiada di dalamnya. Kotak tidak terbalik pula kata hatiku. Puas juga aku mencari di keliling rumah, bawah keta, dalam longkang ke... Tapi bayang Putih pon tidak nampak. Aku dalam keadaan tergesa2 terus bergegas ke tempat kerja dan membiarkan persoalan tu bermain di fikiran.

Setelah habis kerja aku terus pulang ke rumah dengan harapan mungkin Si Putih balik ke tempat dimana aku letakkan nya. Tiba sahaja di rumah dengan berhati2 aku parking kereta (bukan apa takut ler terlanggar Si Putih) tetapi aku hampa sebab Putih tiada di tempatnya. Malam itu aku tidur dengan berbagai persoalan bermain di kepala. Mana la pergi Si Putih??? Macam mana Putih boleh keluar dari kotak??? Putih sudah sihat ke dan terus boleh bergerak??? Walau apapun persoalan nya, aku hanya berdoa agar Putih selamat.

Telah masuk hari ke 7 Si Putih menghilangkan diri, sedikit sebanyak risau telah mula surut dekat kepala aku ini. Aku hanya bersangka baik yang Putih selamat sahaja. Pada petang hari nya aku mendapat perkhabaran dari jiran berhadapan rumah yang Si Putih telah tiada meninggalkan kami semua... Betul sangkaan aku yang Si Putih tidak akan hidup lama kerana ia tidak mahu menjamah makanan. Rupa nya selama Putih menghilang diri ia tinggal di rumah jiran ku, tetapi aku biarkan persoalan bagaimana ia boleh ke sana tergantung begitu sahaja..

Apapun yang terjadi aku bersyukur kerana tuhan lebih menyanyangi nya daripada terseksa begitu lama. Terima Kasih si Putih kerana telah hadir dalam hidup kami sekeluarga...

No comments:

Post a Comment