menu atas

Monday, November 28, 2011

Sunday, November 27, 2011

Maal Hijrah 1433H


Salam Maal Hijrah... Rasanya belum terlambat aku mengucapkan selamat tahun baru. Kalau kita cakap pasal tahun baru mesti ada azam baru, bukan bercakap pasal kawan aku yg bernama Azam Zain.

Adakah kita hanya berazam pada tahun baru masihi shj (azam lebih kpd kehidupan di duniawi) atau kita hanya tahu kalau awal muharram shj cuti umum... kan lebih afdal kita seiringkan perjalanan mengejar kehidupan di dunia & akhirat. Apa pun sekurang2nya tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Okey la aku bukan nak buat ceramah agama kat sini, cuma mengingatkan antara satu sama lain...

Sebenarnya aku nak cerita mengenai kejadian petang sebelum awal muharram berbeza dengan tahun2 sebelumnya. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian tersebut... Kejadian berlaku lebih kurang jam 3 petang selepas isteri bersama anak2ku pulang ke rumah. Ketika dia hendak membersihkan air kencing kucing di parkir kereta, dia terlihat ada seekor anak kucing yang kebasahan terperesok di dalam longkang rumah. Kemudian dipanggilnya aku yang sedang asyik melayan kerenah anak2ku.

Aku yang kebetulan seharian duduk dirumah membuat tahi mata (almaklum ler baru balik keje shift malam) pada mula tidak perasan akan anak kucing tersebut. Dengan selamba aku menyuruh isteriku menghalau kucing itu dengan berkata "Jirus je dengan air, karang lari ler dia" yang kebetulan aku melihat isteriku sedang memegang getah paip untuk membersihkan parkir kereta. Setelah isteriku memercikkan sedikit air kearah kucing tersebut tetapi ia tetap tidak berganjak, semacam pelik dan hatiku mula berkata2... Mesti ada sesuatu yang tidak kena berlaku dekat kucing ini, aku pon mula mengambil penyapu lidi.

Beristighfar aku banyak kali, apabila melihat kucing tersebut mengesotkan badannya untuk melarikan diri. Simpati mula timbul melihat kucing tersebut bergerak hanya menggunakan kedua belah kaki depan shj. Dalam hati mula berkata siapa plak yang langgar anak kucing ini, aku tidak menyalahkan sesiapa... tapi macam mana plak ia boleh bergerak sampai boleh berada di longkang rumah aku ni. Apa pun terjadi ia dah jadi tanggungjawab aku sebab ia berada di kawasan rumah aku, tak akan aku nak angkat ia dan letak balik di tepi jalan dalam keadaan begitu. (hujan turun lebat semasa blog ini dicoretkan, teringat aku pada si Putih)

Anak2 aku mula excited melihat kucing tersebut, aku menamakannya Putih (korang paham2 ler sendiri sbb apa nama dia macam gitu). Aku mula masuk ke dalam rumah mencari kotak, disuruhnya kak long mencari kain buruk. Aku alaskan surat khabar di dalam kotak tersebut dan apabila aku hendak mengangkat si Putih ke dalam kotak, ia marah... Mungkin Putih masih lagi dalam keadaan terkejut lagi diatas kejadian yang baru menimpanya. Aku ambil kain letak dibadan Putih, kemudian aku usap2 badannya yang kebasahan baru la Putih menunjukkan sifat manjanya. "Kesian ko kesejukkan, entah berapa lama dah ko duduk dalam longkang tu" hatiku berkata. Setelah Putih masuk ke dalam kotak, aku letakkan ia dihadapan sliding door dan di tepi motorsikal sambil menutup bahagian atas kotak tersebut dengan payung supaya tidak tempias dek air hujan. Anak2 aku keseronokkan dapat melihat kucing dari cermin sliding door. Anak2ku memang suka kucing tapi dari jauh je, kalau dekat tak berani. Kak Long pula asyik menyuruh aku membeli makanan kucing.

Kebetulan pula malam itu aku hendak keluar ke bank, nabil dan batrisyia menemani aku. Nabil tidak sudah2 ingatkan aku supaya jangan lupa beli makanan untuk Putih. Nasib baik aku dah gaji boleh ler aku beli makanan untuk Putih, aku tak tahu nak beli yang mana jadi aku beli je lar yang timbang. Balik je rumah terus Kak Long tanya "Abah dah beli tak makanan kucing?". Tak sempat lagi aku jawab nabil dah tolong jawabkan. Aku suruh Kak Long ambil bekas bagi mengisi makanan dan air untuk Putih. Keadaan si Putih masih sama, masih dalam ketakutan lagi...

Macam2 persoalan bermain di fikiran aku malam itu. Perlu ke aku hantar ke klinik haiwan? Kosnya mahal ke tidak? sbb aku pon bukan ada duit sangat. Kalau dia tidak boleh jalan sampai bila2 macam mana? Tapi semuanya aku biarkan tergantung...

Cuma hatiku berkata "Kalau ler ko (Putih) dah ditakdirkan menjadi sebahagian dari keluarga kami, aku redha"...

Saturday, November 19, 2011

Konvokesyen

Terlebih dahulu aku mengucapkan tahniah buat anak sedara Adzzie Shazleen Azman diatas kejayaan beliau mengenggam segulung kertas yg tidak ternilai harganya pada 12 Nov 2011 yang lalu. Begitu juga dengan satu2nya anak lelaki ku Muhammad Nabil ada hari berikutnya iaitu 13 Nov 2011, tahniah abah ucapkan...


Disebabkan oleh kerana tahun lepas aku telah merakamkan detik2 bersejarah buat cik Adzzie Shazleen semasa menaiki pentas untuk menerima ijazah beliau, maka tahun ini terpaksa ler aku merakamkan detik2 bersejarah buat anak aku sendiri.

Walaupun mungkin ada sesetengah ibu bapa menganggap benda ini sebagai perkara biasa2 aje, namun bagi aku majlis ini amat berharga buat anakku. Setelah penat lelah mereka berlatih setiap hari untuk membuat persembahan khas buat ibu bapa mereka pada hari konvokesyen ini. Pernah aku tanya pada anakku Nabil, "apakah persembahan akan nabil buat masa hari konvokesyen nanti?" Apa jawab anakku "Abah tunggu jelah nanti masa tu"... Pergh!!! macam nak buat suprise plak dia.

Lagipun pada aku ini sahaja penghargaan yang aku dapat berikan buat cikgu2 di Tadika Iman khasnya di Bandar Baru Uda yang selama ini mendidik anak2 aku selama 2 tahun. Dari seorang anak kecil yang tidak tahu apa2 kepada seorang anak yang tahu solat, membaca, mengira dan sebagainya. Memang ketara perubahannya, terima kasih cikgu!!!

Friday, November 18, 2011

Kerja Oh! Kerja...


Setelah hampir 13 tahun aku di alam pekerjaan, boleh dikatakan banyak juga perkerjaan telah aku lakukan... Kalau dikira2 ada lebih kurang 4 hingga 5 pekerjaan yang telah aku lakukan, tapi kebanyakkan nya aku lakukan secara part time... Hanya 2 sahaja pekerjaan tetap yang aku lalui hingga lah ke hari ini.

Sebaik sahaja lepas SPM aku telah pergi mencari kerja bersama-sama rakan2 sekolah. Pekerjaan aku yang pertama ialah jurujual di kompleks membeli belah, memang membosankan tapi kerana inginkan pengalaman berkerja ditambah pula masa tu beberapa bulan sebelum raya aku kuatkan juga hati aku ini.. tapi masa tu gaji kira jam, 1 jam dibayar RM3 shj. Boleh ler pada masa tu pun ekonomi tengah gawat, punya ler penat buat kerja (bukan penat mana pun cam menoreh ke.. wat kontrak ke.. cuma penat menunggu customer je) Kerja mula dari jam 10 pagi hingga 10 malam (dah termasuk overtime 4jam) dapat ler sebulan RM6++, sapa nak bagi... Lebih kurang 4 -5 bulan shj aku kerja kebetulan pula tu hari raya dah nak dekat so aku mohon ler cuti (tak pernah kena kerja time hari raya, almaklum ler baru habis sekolah) supervisor aku boleh tak luluskan cuti raya aku. Dalam masa yang sama aku dapat tahu member-member sekolah aku dah dapat offer dari ipta-ipta so aku mula ler jadikan ia sebagai alasan untuk aku hendak berhenti kerja (padahal sebab tak dapat cuti raya)

Lepas hari raya berangkat ler member2 aku ke ipta2 & ipts2, gelabah gak rasa hati sebab aku je yang tidak dapat panggilan. So kena cari kerja tetap ler jawabnyer, dalam pada mencari kerja dapat plak offer kerja kontrak dgn SPR (bukan kerja sebagai buruh kontrak pon). Tercipta ler sejarah dalam hidup aku dimana aku bekerja 1 hari sahaja, esok aku dah berhenti... Kerja yang paling membosankan ialah menunggu pelanggan (mana tak bosan sebab kena jaga meja SPR kat Terminal Larkin tu sorang-sorang).

Aku menyambung pelajaran kat kolej swasta (tak payah ler sebut nama kolej tu), ada ler dalam 1bulan 1/2 sebelum tamat pengajian aku diberitahu ada jawatan kosong di sebuah kilang percetakkan. Apalagi terus aku mohon untuk jawatan itu bukan apa takut tidak dapat kerja selepas tamat pengajian... Aku mula mengenali sebenar dunia pekerjaan, dalam masa yang sama aku memohon untuk menukar waktu pengajian dari pada full time kepada part time. Pada waktu itu gaji boleh tahan gak, bagi orang bujang macam aku. Pada waktu itu aku rasa seperti tidak cukup jika hanya bergantung tiap2 bulan pada gaji pokok shj. Overtime hanya ada pada hujung tahun shj, itu pun disebabkan kilang tersebut byk menerima tempahan utk membuat diari. Mesti yang akan kata aku ni tamak, sebenarnya aku bukan tamak cuma aku ada target pada masa itu dimana aku memerlukan sebuah kenderaan untuk aku berulang-alik ke tempat kerja... Jadi terpaksa ler aku membuat kerja part time, nasib baik kilang percetakkan tersebut hanya beroperasi waktu office hour. Aku mengambil kesempatan tersebut dengan mengikut abang sedara aku menjual sayur di pasar tani.

Setelah setahun bekerja aku telah capai cita2ku, dimana aku dapat memiliki sebuah motor yang dapat membawa aku pergi dan balik kerja. Bila dah ada motor plak mula ler nak pikir macam mana nak bayar ansuran bulan, sekali lagi aku mencari kerja part time... Kebetulan pula pada kali ini aku mendapat tahu ada sebuah syarikat makanan segera yang memerlukan pekerja part time, ini kerana syarikat tersebut baru beroperasi di Johor Bahru. Ada beberapa syarat yang perlu diikuti untuk mendapat kerja di syarikat tersebut diantaranya mestilah mempunyai motor sendiri. Wah!!! ini satu peluang untuk aku dan bermulanya kerja aku sebagai budak penghantar pizza di DOMINO'S PIZZA...

Aku kerja tidak lama di kilang percetakkan tersebut ada ler dalam 1 tahun 8 bulan, banyak juga pengalaman aku dapat di kilang tersebut... Begitu juga kerja aku sebagai budak penghantar pizza kerana aku mendapat tawaran bekerja dengan kerajaan Malaysia. Aku hampir2 lupa yg aku pernah mengisi borang untuk jawatan di goverment, jadi terpaksa lah aku meninggalkan kedua2 kerja tetap dan part time aku untuk berkhidmat untuk negara (ayat yg tak boleh blah....)

Alhamdullilah syukur aku mendapat pekerjaan yang tetap dan terjamin walaupun hanya dgn menggunakan kelulusan SPM shj. Pekerjaan ini merupakan pekerjaan aku paling lama sehinggalah ke hari ini...

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Lahir Kak Long...

Selamat hari lahir kepada buat anakku Nur Ainaa Najihah yang ke-8...

Abah mendoakan kak long di tetapkan iman, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang solehah di kemudian hari menjadi contoh kepada adik-adik. Majlis disambut oleh kami sekeluarga sahaja, tiada budget untuk mengadakan jamuan besar-besaran.. Walaupun begitu majlis begitu meriah terutama bagi adik-adik nya kerana dapat bersama-sama memotong kek. Kadang-kadang seronok melihat keletah anak-anak yang tidak sabar untuk menjamah kek terutama sekali adik amani, mungkin sebab geram melihat buah-buah yang terletak diatas kek tersebut.

Rasa memang dah lama tidak sambut hari lahir kakak, kadang-kadang terasa macam tidak adil pula rasanya. Mungkin disebabkan hari jadi Nabil jatuh pada hari kebangsaan, itu yang rasa macam selalu je sambut hari lahirnya... Walaubagaimanapun abah tetap ingat hari lahir anak-anak abah cuma kadang-kadang abah sibuk. Harap kak long tidak berkecil hati...


Selamat Hari Lahir Kak Long, abah sayang semua anak-anak abah...